Sunday, December 28, 2008

Softball MSSPP




Kejohanan Sofball MSSM di Kelantan 2008, Pulau Pinang telah menghantar 6 pasukan yang terdiri dari pasukan 12 tahun lelaki/perempaun, 15 tahun lelaki/perempuan dan 18 tahun lelaki/perempuan..


Pasukan lelaki 15 tahun telah muncul johan dalam kejohanan tersebut manakala pasukan 18 tahun perempuan telah muncul naib johan..ini adalah satu kebanggaan bagi Jabatan Pelajaran Negeri Pulau Pinang...Dalam kejohanan bawah 16 tahun peringkat kebangsaan pada awal cuti persekolahan akhir tahun baru-baru ini Pulau Pinang (MSSPP) telah menghantar 2 pasukan iaitu lelaki dan perempuan...kejohanan tersebut telah berlangsung di negeri Melaka yang diadakan di Universiti Teknologi Melaka (UTeM). Pulau Pinang telah pulang dengan bangga apabila telah muncul naib johan bagi pasukan perempuan manakala pasukan lelaki telah memperolehi tempat ketiga..


Sofball Pulau Pinang akan berterusan khususnya dalam kalender MSSPP..Kejohanan Sofball MSSM 2009 akan dilangsungkan di Johor..Pada kejohanan ini nanti hanya terdapat 2 kategori sahaja iaitu bawah 12 lelaki/perempuan dan bawah 18 lelaki/perempuan..